
KUANTAN: Berat mata memandang barat lagi bahu memikul, begitu penderitaan ditanggung Khairul Aiyssa Khairuddin, 17, yang kini menghidap leukemia tahap serius.Selepas disahkan menghidap penyakit itu Ogos tahun lalu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan di sini, terpaksa berulang-alik ke Hospital Ampang, Selangor bagi mendapatkan rawatan.Remaja itu terpaksa melupakan impiannya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini. Bapanya, Khairuddin Mohamad, 42, berkata sepanjang tempoh enam bulan anaknya menghidap penyakit itu, sudah tiga kali menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi di hospital itu.
“Darah isteri, Hatisah Busu termasuk empat anak tiada yang sesuai,” katanya yang tinggal di Taman Tas Ria, di sini.Dia yang bekerja sebagai pemandu lori simen berkata, dengan pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan kini mengharapkan bantuan pihak yang prihatin dengan nasib anaknya.Katanya, tiga lagi anaknya masih bersekolah dan memerlukan perbelanjaan besar dan dengan pendapatan yang tidak seberapa, dia terpaksa menanggung pelbagai kesulitan.






